21 Ogos 2010 - 19:30

Pihak berkuasa Bahrain menahan 12 orang dengan pertuduhan sabotaj dan pembakaran di tempat umum, pernyataan pegawai keselamatan pada hari Sabtu lalu menyatakan perusuh membakar tayar dan melempar bom petrol dalam demonstrasi mereka yang menyebabkan penahanan aktivis Syiah.

Menurut agensi berita Reuter, protes itu berlangsung pada Jumaat yang menyebabkan penahanan sejumlah lapan orang aktivis Syiah dan ulamanya sewaktu pilihanraya parlimen akan berlangsung.

"Mereka membakar tayar, sampah, tanki air kosong dan sarana awam dan turut melempari bom api di jalan" menurut Berita Harian Teluk yang memetik kata-kata seorang pegawai keselamatan tanpa menyebut namanya.

Bahrain diperintah oleh keluarga Sunni namun mempunyai penduduk majoriti Syiah yang mengadu diskriminasi pekerjaan dan perkhidmnatan. Walaubagaimana kerajaan tersebut menafikan tuduhan itu.

Para pegawai diplomatik mengatakan penahanan itu adalah sebahagian usaha untuk menekan kumpulan pembangkang Syiah dan mencetuskan kemarahan mereka dalam memprotes pilihanraya parlimen pada 23 Oktober nanti.

Bahrain satu-satunya negara yang mempunyai pilihanraya parlimen di teluk Parsi selain Kuwait, walau bagaimana pun kuasanya terhad mengikut kuasa-kuasa yang telah diluluskan oleh ahli istana yang dilantik oleh raja.